Format Jualan Pelan

 

Pengguna eMap CPS boleh membuat pilihan penggunaan melalui 3 jenis format pelan yang disediakan iaitu:

...
1. Pelan Statik

 

Pelan Statik merupakan peta yang telah sedia di dalam 4 jenis saiz iaitu A1, A2,A3 dan A4. Maklumat yang di paparkan di dalam peta tersebut telah disediakan mengikut simbol dan garis panduan warna sebagaimana yang terkandung di dalam Pelan Pembangunan yang diwartakan.

...
2. Pelan Digital

 

Pelan Digital membenarkan pengguna memohon pelan digital melalui Peta Interaktif untuk memilih kawasan yang diperlukan (customise) dan Peta akan dijana menggunakan template (layout) yang disediakan. Pelan digital ini boleh dimuat turun dalam bentuk .pdf atau cetakan di Jabatan Perancangan Bandaraya.

...
3. Data Digital

 

Data Digital merupakan peta dalam format shapefile (.shp) untuk perisian sistem maklumat geografi. Pengguna boleh menggunakan menu Peta Interaktif untuk memilih kawasan yang diperlukan (customise).

Produk Jualan Pelan

 

  • Pelan Guna Tanah Semasa Bagi Tempoh Yang Dinyatakan
    • Pelan Guna Tanah Semasa Keseluruhan WPKL
    • Pelan Guna Tanah Semasa mengikut Kategori Guna Tanah
    • Pelan Guna Tanah Semasa mengikut Kawasan Sempadan Parlimen 2018
    • Pelan Guna Tanah Semasa mengikut Sempadan Kawasan Perancangan
  • Comprehensive Development Plan 1970- Pdf Sahaja
  • Pelan Warta (Kaedah-kaedah (Perancangan) Caj Pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2013 - Akta 267) – Pdf Sahaja

Kadar Harga Jualan Pelan

 

KADAR FI BAGI PELAN HARDCOPY (CETAKAN)


SAIZ PELAN

UKURAN (mm)

KADAR FI (BERWARNA)

KADAR FI (GRAYSCALE)

A1

594 x 841

RM 130.00

RM 70.00

A2

420 x 594

RM 70.00

RM 60.00

A3

297 x 420

RM 50.00

RM 40.00

A4

210 x 297

RM 40.00

RM 20.00

KADAR FI BAGI PELAN DIGITAL DAN DATA DIGITAL


FORMAT DIGITAL


RESOLUSI


SAIZ PELAN


KADAR FI

PDF

150-300dpi

A4 sehingga A1 dan mengikut kapasiti imej per megabait

RM 483/Mb

GIS Layer (Shapefile)

Controlling Zoom

mengikut kapasiti data per megabait

RM 483/Mb

NOTA :
Pelajar IPT (Sehingga ijazah pertama dan tidak terlibat dengan geran penyelidikan/projek sahaja) akan mengikut kadar fi RM100/MB