City Planning System

 

City Planning System atau dikenali sebagai CPS merupakan satu sistem GIS yang direka bentuk sebagai sebuah platform pemetaan digital yang berkaitan dengan maklumat kegunaan tanah di Kuala Lumpur (KL). Sistem ini membenarkan pengguna membuat semakan dan rujukan terhadap data-data geospatial seperti guna tanah semasa, komited, zon guna tanah, intensiti pembangunan selaras dengan perkara kegunaan tanah yang diterjemahkan di dalam Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 (PBRKL2020).

CPS boleh diakses melalui capaian dalaman (intranet) dan luaran (internet). Terdapat 15 jabatan dalaman di DBKL yang aktif menggunapakai sistem ini dengan hit akses bulanan adalah sebanyak 5,000 hit. Antara jabatan yang menggunakan CPS adalah seperti Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH), Jabatan Perancangan Infrastruktur (JPIF), Jabatan Perancangan Ekonomi dan Pembangunan (JPEPP) dan lain-lain jabatan.

Sistem pemetaan digital ini boleh di akses oleh orang awam iaitu warga kota KL. Sistem perancangan ini telah digunapakai secara meluas oleh pelbagai lapisan pengguna awam dengan purata hit akses bulanan adalah sebanyak 20,000 hit. Ini selaras dengan matlamat PBRKL2020 untuk berkongsi pelbagai maklumat kegunaan tanah kepada warga kotanya secara telus dan tepat. Maklumat PBRKL2020 yang boleh diakses oleh orang awam secara atas talian adalah seperti zon guna tanah, intensiti pembangunan dan lapisan zon kawalan perancangan iaitu zon kawalan ketinggian, zon warisan, koridor tepian sungai dan zon perancangan transit yang menjadi asas kepada kawalan pembangunan di Kuala Lumpur.