CPS | JPRB

SELAMAT DATANG CPS ONLINE MAPPING PBRKL2020

  • City Planning System atau dikenali sebagai CPS, adalah sistem online map service yang dibangunkan oleh Jabatan Perancangan Bandaraya (JPRB) bersama Jabatan Pengurusan Maklumat (JPM), DBKL untuk menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

  • CPS akan memudahkan perkongsian maklumat berkaitan Kawalan Pembangunan dan Perancangan di Kuala Lumpur secara online melalui paparan peta interaktif geospatial di kalangan pengguna jabatan di DBKL dan agensi berkepentingan.

  • Melalui CPS, pengguna dapat mengakses maklumat dari lapisan-lapisan data geospatial seperti Zon Guna Tanah, Intensiti (kepadatan dan nisbah plot), Zon Kawalan Ketinggian, Koridor Tepian Sungai, Zon Warisan dan Zon Perancangan Transit sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 (PBRKL 2020) ke atas setiap plot tanah di Kuala Lumpur. Maklumat ini perlu dibaca bersama-sama dengan Kaedah-Kaedah (Perancangan) (Kelas Kegunaan Tanah dan Bangunan) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2018 yang menerangkan penggunaan dan aktiviti yang dibenarkan dan yang tidak dibenarkan bagi tanah dan bangunan untuk setiap Zon Guna Tanah.
Nota:
  • PBRKL 2020 merupakan Pelan Tempatan untuk Kuala Lumpur yang disediakan di bawah peruntukan Seksyen 13, Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267). Pelan ini menterjemahkan wawasan & matlamat Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (PSKL 2020) untuk menjadikan Kuala Lumpur sebuah Bandaraya Bertaraf Dunia. Ia meliputi semua aspek pembangunan bagi menggalakkan pertumbuhan bandar raya di samping menyumbang ke arah peningkatan persekitaran semulajadi & alam bina, pengangkutan, perumahan, kemudahan sosial & infrastruktur di samping melindungi warisan budaya

MULA CPS DALAMAN

BAGAIMANA MENGGUNAKAN PEMETAAN ONLINE CPS?

LANGKAH 1

Kenal pasti lokasi yang dipilih dengan menggunakan butang Search (nama bangunan, jalan atau no lot).

LANGKAH 2

Klik pada butang Base Map untuk memaparkan lapisan asas rujukan pemetaan (Imagery, Open Street Map, Terrain Map).

LANGKAH 3

Klik pada butang Lapisan Peta untuk memaparkan maklumat kegunaan tanah seperti yang ditetapkan di dalam Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 (PBRKL 2020).


SOALAN LAZIM

BANTUAN

MANUAL

Hak Cipta Terpelihara © 2021 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 9.0 / Mozilla Firefox 12.0 / Google Chrome 13.0 Ke Atas Dengan Resolusi 1024 x 768
Penafian : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.

5,629

Jumlah Pelawat