Have an account?

Lorem ipsum dolor sit amet

SELAMAT DATANG KE CITY PLANNING SYSTEM

City Planning System atau dikenali sebagai CPS, adalah sistem online map service yang dibangunkan oleh Jabatan Perancangan Bandaraya (JPRB), DBKL untuk menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. CPS akan memudahkan pemilik hartanah, pemaju dan komuniti termasuklah stakeholders mengakses maklumat Kawalan Pembangunan yang berkaitan dengan keperluan permohonan perancangan di Kuala Lumpur secara online melalui paparan peta geospatial.

Melalui CPS, pengguna dapat mengakses maklumat dari lapisan-lapisan data geospatial seperti Zon Guna Tanah, Intensiti (kepadatan dan nisbah plot), Zon Kawalan Ketinggian, Koridor Tepian Sungai, Zon Warisan dan Zon Perancangan Transit sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 (PBRKL 2020) ke atas setiap plot tanah di Kuala Lumpur. Maklumat ini perlu dibaca bersama-sama dengan Kaedah-Kaedah (Perancangan) (Kelas Kegunaan Tanah dan Bangunan) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2018 yang menerangkan penggunaan dan aktiviti yang dibenarkan dan yang tidak dibenarkan bagi tanah dan bangunan untuk setiap Zon Guna Tanah.

Bagi pengguna dalaman, CPS dilengkapi dengan fungsi pemantauan pencapaian pelan pembangunan Kuala Lumpur yang membantu DBKL membuat keputusan perancangan bagi mengawal selia guna tanah dan pematuhan dasar seiring dengan pertumbuhan Kuala Lumpur secara mampan.

Nota: PBRKL 2020 merupakan Pelan Tempatan untuk Kuala Lumpur yang disediakan di bawah peruntukan Seksyen 13, Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267). Pelan ini menterjemahkan wawasan dan matlamat Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (PSKL 2020) untuk menjadikan Kuala Lumpur sebuah Bandar Raya Bertaraf Dunia.

REGISTER