PELAN DIGITAL eMap

 

Data-data yang boleh dibeli dan dimuat turun secara atas talian adalah dalam format pelan pdf dan geospatial iaitu shapefile (.shp). Dengan adanya perkhidmatan penggunaan secara atas talian ini, pengguna CPS boleh memiliki data-data perancangan di mana sahaja tanpa perlu hadir secara fizikal ke kaunter. Walaubagaimanapun, bagi pengguna yang tidak mempunyai kemudahan untuk membuat cetakan sendiri, mereka boleh membuat pesanan dengan memilih perkhidmatan untuk ‘pelan cetakan hardcopy’. Pengguna boleh membuat bayaran secara atas talian dan mengambil pelan di kaunter serahan melalui Unit Geospatial, Jabatan Perancangan Bandaraya. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Justeru itu, perkhidmatan penggunaan data dan maklumat yang disediakan di dalam modul penjualan ini bukan sahaja akan memberikan manfaat kepada warga kota dalam membuat rujukan terhadap setiap plot tanah di KL secara atas talian dengan cepat dan mudah malah memberi ruang dan nilai tambah terhadap kualiti data tersebut melalui kajian dan projek-projek yang dilaksanakan.