Format Jualan Pelan

 

Pengguna eMap CPS boleh membuat pilihan penggunaan melalui 3 jenis format pelan yang disediakan iaitu:

...
1. Pelan Statik

 

Pelan Statik merupakan peta yang telah sedia untuk di beli dan di tawarkan di dalam 4 jenis saiz kertas iaitu A1, A2,A3 dan A4. Maklumat yang di paparkan di dalam peta tersebut telah disediakan mengikut simbol dan garis panduan warna sebagaimana yang terkandung di dalam Pelan Pembangunan yang diwartakan. Pelan ini juga akan di cetak dan pengguna perlu mengambil di Kaunter Unit Geospatial, JPRB, DBKL iaitu setelah proses pembayaran berjaya dilaksanakan dan apabila jabatan telah menerima notis pesanan.

...
2. Pelan Digital

 

Pelan Digital di sediakan untuk pengguna yang memerlukan jenis data yang berbentuk digital. Pengguna boleh menggunakan menu Peta Interaktif untuk memilih kawasan yang diperlukan (customise) dan Peta akan dijana menggunakan templat (layout) yang disediakan. Pelan digital ini boleh dimuat turun dalam bentuk .pdf setelah proses pembayaran berjaya dilaksanakan secara atas talian (online payment).

...
3. Data Digital

 

Data Digital merupakan jenis produk software (digital) yang di sediakan di dalam format shapefile (.shp) sahaja. Format shapefile ialah data vektor geospatial untuk perisian sistem maklumat geografi. Ia dibangunkan dan dikawal oleh ESRI sebagai spesifikasi terbuka (open source) untuk kebolehoperasian data antara produk ESRI dan perisian GIS yang lain. Pengguna boleh menggunakan menu Peta Interaktif untuk memilih kawasan yang diperlukan (customise) dan sistem akan memberikan data shapefile tersebut. Data digital ini boleh dimuat turun dalam bentuk .shp setelah proses pembayaran berjaya dilaksanakan secara atas talian (online payment).

Produk Jualan Pelan

 

  • Pelan Zon Guna Tanah Intensiti (Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020-PBRKL2020)
  • Pelan Intensiti (Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020-PBRKL2020)
  • Pelan Guna Tanah Semasa Bagi Tempoh Yang Dinyatakan
    • Pelan Guna Tanah Semasa Keseluruhan WPKL
    • Pelan Guna Tanah Semasa mengikut Kategori Guna Tanah
    • Pelan Guna Tanah Semasa mengikut Kawasan Sempadan Parlimen 2018
    • Pelan Guna Tanah Semasa mengikut Sempadan Kawasan Perancangan
  • Comprehensive Development Plan 1970- Pdf Sahaja
  • Pelan-Pelan Zon Kawalan Perancangan (Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020-PBRKL2020)
  • Pelan Warta (Kaedah-kaedah (Perancangan) Caj Pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2013 - Akta 267) – Pdf Sahaja

Kadar Harga Jualan Pelan

 

KADAR FI BAGI PELAN HARDCOPY (CETAKAN)


SAIZ PELAN

UKURAN (mm)

KADAR FI (BERWARNA)

KADAR FI (GRAYSCALE)

A1

594 x 841

RM 130.00

RM 70.00

A2

420 x 594

RM 70.00

RM 60.00

A3

297 x 420

RM 50.00

RM 40.00

A4

210 x 297

RM 40.00

RM 20.00

KADAR FI BAGI PELAN DIGITAL DAN DATA DIGITAL


FORMAT DIGITAL


RESOLUSI


SAIZ PELAN


KADAR FI

PDF

150-300dpi

A4 sehingga A1 dan mengikut kapasiti imej per megabait

RM 100/Mb

GIS Layer (Shapefile)

Controlling Zoom

mengikut kapasiti data per megabait

RM 100/Mb